Memaparkan catatan dengan label bogus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bogus. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Perlahan-lahan dia atur langkah menuruni tangga. Penuh tertib sekali, takut terpijak skirtnya yang labuh menutupi buku lali.
"Awak!" Jauh di belakang terdengar suara yang sudah sebati menemani tidur malamnya. Dia berhenti, menoleh dan senyum.
"Ya?"
"Janganlah suka pergi tinggalkan saya macam ni." Hujan pagi yang gerimis menghias jeda kata mereka tika itu.
"Saya harus pergi. Awak patut tahu, waktu saya semakin suntuk." Senyuman lembut di wajahnya tidak dapat menutupi kelam matanya juga sayu air mukanya.
"Jadi malam ini..Awak datang lagi kan?"
Si gadis hanya senyum, berpaling meneruskan langkah. Lalu hilang perlahan-lahan sebaik mentari menyuluh bumi.

Yang tinggal hanya debu.

Khamis, 17 Mac 2011

Sunset 4 pagi.

Jarum sudah tunjuk hampir pukul 4 pagi ketika itu. Sheila tutup semua perkakas kerjanya, shutdown laptop, menguap, menggeliat melegakan pinggang barang dua tiga liuk lentuk. Menjeling sebentar ke teman sebilik, satu sudah tidur, lagi satu masih setia depan laptop. Segar. 

Perlahan langkah di atur keluar bilik. Sheila ingin melegakan pundi kencing sambil cuci kaki sebelum tidur. Petua dahulu kala jangan ditinggal, biar dicuci semua setan-setan yang ada. Lenggang-lenggoknya lembut membawa badannya yang punya potongan menarik yang bisa buat mata-mata keranjang tertancap tidak berkelip. Dengan boxer biru, baby tee biru, rambut panjang yang ikal beralun di sangkut ke bahu kanan - ah, perempuan ini beraura misteri pada pukul 4 pagi.

Tiba di pertengahan antara dua bangunan, Sheila singgah sebentar, ingin menjenguk langit malam. Sebentar tadi (sekitar 9-10  malam), Sheila sudah melangut di koridor bangunan bercat ungu itu berbicara dengan bulan separa yang bercahaya terang, mempersoal kenapa cepat benar bulan jadi separa-akhir sedangkan baru kelmarin dia lihat bulan masih separa-awal. 

Kali ini rahangnya jatuh dek kerana terlihatkan bulan yang sudah persis matahari terbenam. Jingga warnanya, ditemani kepul-kepul awan mendatar pantas saja menarik kakinya dan menongkat dagu di benteng setinggi satu meter lebih itu. Lalu merenung lama, tidak berkerdip mata.

Kau ini adalah bulan atau matahari? Tanya Sheila.


Sabtu, 29 Januari 2011

reminiscence.

pagi sabtu.

maria bangkit dengan sinar mentari yang terang menyuluh menembusi jendela biliknya. digosok-gosok perlahan matanya, sambil mencari kekuatan mahu bangun. dicapai telefon di atas meja sisi. diperiksanya kalau-kalau ada mesej atau missed call; tiada. maria mengeluh. hiba terus hatinya. rasa sunyi terus. sayu. 

ditolaknya perlahan selimut kesayangannya; selimut yang akan dibawanya ke mana-mana pun dia pergi. sejenak, dia memandang sahaja selimut hijau yang berkusutan di kakinya. sebak. pedih sungguh hatinya. sampai bila mahu begini.

dipaksa dirinya melangkah ke jendela biliknya. membuka bilah tingkap satu demi satu. lantas, berdiri di situ. melemparkan pandangan ke fajar sadik. lama. jingga langit yang bermain dengan kelabu awan seakan membantu memberikan warna pada hatiya kala itu. cinta Allah tidak putus untuknya. saat dia begini, makin dalam insafnya yang hilang tatkala dia gembira dengan hidup. tatkala dia gembira dengan ombak dunia. tatkala dia.. argh. hembusan nafas kasar mengiringi butir air mata yang mengalir spontan saat dia rasa kerdil benar.

sepi subuh mencengkam hatinya. permulaan pagi yang tidaklah berapa baik. maria makin tidak terasa pijakan kakinya. dibawa lemah badannya ke atas katil; lalu rebah.

nyanyian sepi subuh sabtu meramas-ramas hatinya kasar. memicit-micit garang; memaksa matanya memerahkan pedih yang suka dipadamkan sebelum ini. duka yang suka dicatkan dengan tawa hipokrit sebelum ini.

air mata maria sungguh murah subuh sabtu ini.
sepi subuh makin menyanyi nyaring, berlawanan sengit dengan ngongoian sebak,pilu hatinya.
what a saturday morning.


selamat pagi, dunia.



Khamis, 27 Januari 2011

3 pagi

"hai." pendek. kering. tak berperisa.
"hai." 
"buat apa?"
"tak ada buat apa-apa"
"kenapa duduk diam kat sini?..dalam gelap pulak"
"..saja"
"kenapa ni.."
"..."
"kau tau aku ada kat sini..kan?"
"tak."

mengeluh. lantas mengibas-ngibas punggung lalu duduk. kini berdua sudah di situ, duduk peluk lutut, mengadap bulan. mengadap kelip-kelip lampu Menara KL. kelip - kelip lampu KLCC. 

sunyi. sepi. kaku.
sesaat dua, tiga empat saat. lima. enam. tujuh..lapan..

"hey, kau tahu ta- "
"tak." laju saja memintas.
"um, well.. aku mimpi kau tadi"
"..oh"
"..."

lalu sepi mencelah lagi antara kedua mereka.