memang penat juga selalunya tulis benda-benda berat, negatif, aura-mati/pembunuh, emosi nak mampus, sloppy, tapi, ye, perlu juga. jadi tadi saya semacam, gila, sikit. sikit. cuma bayangkan saja depan mata dan terus, pup! rasa itu datang. macam real sungguh. i mean, macam real sungguh ada di depan mata, mata itu, renungan itu, renungan yang kelam jauh tenggelam ke dasar ceruk mana entah, katakan satu tempat yang gelap sungguh- tiada lain hanya kegelapan. sempit, sesak, hampir tiada oksigen. berada di dalam itu walau untuk, um, approximately 0.0001s, semacam membawa seluruh dunia kegelapan masuk ke dalam dunia eternal fantasi/realiti, cukup dos untuk buatkan serangan jantung atau kegagalan fungsi bernafas serta-merta. serta merta.
jadi saya sesak nafas kerana percubaan untuk merasa bernyawa. apa, selama ini saya di mana? aduh, realitikah? untuk berada di kedudukan mana saya tidak dibenarkan untuk merasa apa-apa bukan bahagia- ia seolah mandatori derita. dan hanya bila susuk jisim itu nyata tereflek secara realiti, saya harus rasa, bernyawa. dan oleh kerana itu juga bila susuk jisim itu nyatanya tidak tereflek secara hadir, saya, tidak lengkap. tidak, bernyawa. lalu apabila nafas yang hadir ketika rasa itu pun hadir, itu adalah nyawa saya. dan saya, bernyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.