Khamis, 10 Februari 2011

Orkestra terAgung.

oh, rasa ini. mari, jika saya rasakannya sendiri seolah tamak. mari kita sama-sama rasa. ayuh.

*

dalam redup cuaca yang sama seperti hari-hari biasa, Maria melangkah perlahan ke taman permainan yang sudah lama ditinggalkannya, tanpa sebarang sebab. dan duduk dia di kerusi itu, kerusi yang biasa dia pilih juga kala dulu; waktu sebelum dia keliru dengan diri sendiri.

sejenak, maria pejam mata. menghela perlahan udara segar yang juga sudah lama ia terlupakan. sayup-sayup kedengaran suara alam memanggil dia dari jauh. hiruk-pikuk suara anak-anak yang girang berkejaran sesama mereka makin jauh meninggalkan dia, dan dia makin dekat dengan panggilan alam. dia senyum. dalam perlahan hela nafasnya, dia mencapai kedamaian. segala setiap unsur alam bersatu untuk meraikan kehadirannya.

saat itu, tiada apa yang dapat menandingi halwa telinganya; selain daripada gemersik angin yang melanggar dedaunan untuk mewujudkan bunyi, semata-mata ingin memberitahu yang dia dihargai di situ. kerana dia di situ untuk sesuatu; dan hatinya juga cukup peka untuk merasakan hadirnya unsur-unsur alam yang suka bermesra dengannya. gemersik angin yang menyanyi riang seolah membawanya ke dalam orkestra semulajadi, membuainya perlahan, dan sedikit demi sedikit seolah membaluti luka-luka kecil mahupun besar yang wujud, terpalit dalam hatinya. sungguh, nyanyian angin bersama lemah gemalai tarian pokok-pokok renek yang mungkin sudah berada di situ lebih, 10 tahun, sememangnya membawanya hanyut jauh ke dalam dunianya sendiri.

lalu, menciptakan energi positif yang membuat dia percaya dalam senyum, bahawa cinta hatinya sememangnya untuk dia, dan apa yang cinta hatinya tunggu-tunggukan, lambat atau cepat, memang ini, takdirnya. setiap sabar cinta hatinya, akan berbalas jua. sabar ya, sayang. akan aku hadir juga di hadapanmu, seperti yang kau pernah nampak dan percaya aku akan jadi, dahulu. kata maria.

dan petang itu, matahari sempat mereflekkan cahaya pengharapan kepada maria, saat maria mahu melangkah pulang. di situ, jingga sinar mentari senja mewarnai segala muka daun-daun dan ranting yang ada, dan mereka melambai-lambai kepada maria saat maria melangkah pulang sambil ditemani angin yang menghantarnya pulang dengan penuh penghormatan.

dibelakangnya, maria tinggalkan sisi dirinya yang penuh kegelapan. dan teruskan melangkah ke hadapan dengan cahaya penuh pengharapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.