setiap wanita memang ada kelebihan masing-masing. setiap orang, memang ada sifat dalam diri yang kurang dan lebih. Allah itu maha adil, jika di sini kamu kurang, di sana kamu lebih.
analoginya begini.
dalam satu bilik darjah yang penuh dengan lelaki dan perempuan, seimbang bilangannya. kita tidak tahu secara total keperibadian setiap satunya. tapi dalam setiap satunya, memang wajib ada yang istimewa. kalau terlintas dalam kepala, kenapalah dia begitu-begitu ( faham : lebih cantik, macho, kelakar, kurus, berisi, menyerlah dsb ) usah dipersoal. hanya kerana dia lahiriahnya nampak diminati, disukai, menarik blablabla, kamu juga, istimewa. walau macam mana pun kamu, hargai setiap sifat diri kamu, raikan dengan rasa istimewa. kalau bukan kamu sendiri, siapa lagi yang kamu harap untuk pujikan kamu?
ya, mungkin dia lagi hot dsb, tapi kamu, apa kurangnya?
cantik kamu mungkin pada akal kamu, atau
cantik kamu mungkin pada hati kamu, atau
cantik kamu mungkin pada amal kamu, atau
cantik kamu mungkin pada sabar kamu, atau
cantik kamu mungkin pada gaya fikir kamu, kematangan kamu, sifat tanggungjawab kamu,
sifat memahami kamu, sifat tenang kamu, tegas diri kamu, jujur kamu, atau mungkin,
kamu pandai masak.
pandai jaga baby.
rajin di dapur.
pandai buat berbagai kuih muih, kek.
rajin kemas rumah, decorate rumah.
kan? setiap kualiti dalam diri, harus dirai. bagi yang tidak pandai atau tidak punya apa yang saya senaraikan, jangan susah hati, rendah diri. mungkin kamu lebih di tempat lain?
lagipun, semua itu sifat tambah. kita, manusia, yang binakan. sesuai dengan peredaran masa, usia, kita semua akan pandai. jangan bimbanglah. :)
tidak salah melihat cantiknya orang lain, bergayanya orang lain dsb, tapi cukuplah mengkagumi, usah dijadikan sebab kamu rasa rendah diri. percaya, kamu pun cantik juga. :)
dan juga, istimewa.
♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.