Memaparkan catatan dengan label randum.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label randum.. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

Dengar The Carpenters saat angin bertiup dan buku di tangan seolah menghadirkan diri dalam surga ciptaan sendiri.

Cantik cuaca hari ni. Kalau semalam dia mengagau mencari ketenangan dalam jiwa yang menjerit-jerit keresahan, pagi ini dia bangun macam rutinnya yang biasa, pukul5 pagi sudah pergi tandas, bersihkan diri, dan baring semula atas katil, buka buku, dan mula membaca perlahan tatkala rommatenya masih enak diulit selimut, berlayar bersama mimpi.

*

Lama benar dia tidak hadir ke sini. Taman permainannya. Saat dia melangkah masuk sebentar tadi, kurang sedozen bayang manusia yang nampak waktu-waktu begini. Dia berdiri lama, memandang barisan pokok-pokok renek berlapiskan pokok-pokok yang agak rendang; cuba mencari spot yang rasa-rasanya agak seronok untuk berbaring dan bersandar ikut suka. 

Di tangan kirinya dia genggam bakul bekal makan tengahari, di sebelah tangan kanannya dia kepit tikar mengkuang dan buku-buku yang dia belum mula baca dan sudah separuh baca. Di bahunya pula tergalas beg sandang yang berisi botol air, iPod, sapu tangan, tisu, sudu, garpu, dan payung. 

Oh, dan selendang.

Dia jumpa sudut yang agak redup, di bawah pokok yang paling rendang dia kira; kurang orang lalu lalang dan agak jauh dari orang lain. Dia bentang tikar, sandarkan beg sandangnya ke tulang pokok, letak bakul makanan di sebelah kiri, keluarkan buku-buku dari begnya dan menghenyak tubuh untuk duduk, mencari posisi selesa. Dan lekat headphone pada kepalanya, cucuk iPod, dan mula selak helaian yang terakhir dia tinggalkan.

The Carpenters membuai-buai telinganya saat kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa terasa menyapa batang tubuhnya perlahan. Dia memang boleh tenggelam terus jika begini gayanya.

*

Di atas, awan berarak perlahan menghiasi langit biru turqoise pekat, serentak seolah matahari di putar tombolnya untuk meredupkan cahayanya. 

Maria angkat muka, merenung langit yang penuh dengan awan putih gebu, yang masih berarak perlahan, sekali-sekala mengikut rentak angin yang menyapa-nyapa mukanya saat ini. Di tangannya, dia sudah selak hampir tiga per empat buku yang cuba mengajar erti hidup, bercerita tentang pengajaran seumur hidup; dan di telinganya masih bergendang rentak perlahan dan membuai lagu-lagu kegemarannya. Tapi desir angin yang berlanggar dengan dedaunan seolah lagi memukau sukmanya. 

Buku di tangannya dia lekapkan ke dada. Kala itu dia bersandar separuh badan, dengan selendang menutupi lengannya; mencuba supaya tidak terlalu menyengat rasanya terkena cahaya matahari. Dan angin masih seperti tadi; sebab utama dia pilih untuk keluar hari ini, singgah ke taman permainannya sejak dulu, yang dia datang hanya untuk tujuan yang indah; benar-benar penting. Seolah sweet escape mungkin.

Dia renung langit lama. Seiring awan yang berarak, terlintas memoria lama; yang terlipat, terselit bersama-sama setiap pengalaman hariannya. Dia cuba, untuk memaafkan dirinya selama ini, atas segala apa yang dia telah buat. Kemaafan, bukan hak dia untuk putuskan layaknya atau tidak. Tuhan sendiri maha Pengampun, tapi telah Dia katakan yang hak kemaafan untuk orang yang teraniaya itu, hak eksklusifnya sendiri.

Dia sebenarnya masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri, harus bagaimana dia kuat untuk meminta kemaafan secara tulus dari temannya? Kasihnya? Pengajaran tuhan itu secara langsung. Benar, manusia sering berbuat kesilapan dan lumrah, kita belajar dari kesilapan. Tapi.. jangan minta kita belajar dari kesilapan sendiri. Jangan diulang kesilapan orang lain, jangan guna alasan untuk benar-benar merasa dan mengalami pengalaman itu sendiri.

Kerana apa yang tersurat, yang telah terjadi, bukan sesuatu yang boleh diundur. Pengalaman masa, mengalir ia seperti air, bukan boleh disedut-sedut kembali. Ia menjadi sejarah. Ia tercatat. Dan akan sentiasa diingat.

Dan itu, merenggut setiap kekuatan yang Maria ada. Dia tahu dia tidak sempurna, dia tahu dia tidak seperti orang lain, dia tahu dia sentiasa buat salah seolah ditakdirkan untuk jadi pesalah sahaja; dia tahu proses dia belajar sangat lambat, dan itu memerlukan dia keseorangan. Bilamana dia harus tenggelam dalam dunianya sendiri, memerhati orang sekeliling. Kerana dia tidak akan melibatkan siapa-siapa melainkan dirinya sendiri.

Tapi masa berjalan. Keadaan berubah. Sama macam awan putih yang berarak di atas; sentiasa bergerak, sentiasa berubah bentuk dan warna, sentiasa wujud yang baru, hapus yang lama, semuanya berjalan sekitar kehendak-Nya.

Semua fikiran-fikiran ini bebas melayang ketika Maria di sini. Buku yang sudah tiga per empat dia baca itu dia tutup sudahnya. Dia tutup mata, dan biar fikiran-fikirannya melayang bebas; kerana apa yang dia ada hanyalah dia dan monolognya.

Jumaat, 10 Jun 2011

Beranganan untuk terbang, ya.
Beri aku sayap, aku akan terbang kepada engkau, setiap kali.

Ahad, 24 April 2011

The Mask.

Sejuk menyelusup masuk ke dalam setiap liang romanya, lantas menegakkan segala bulu roma yang ada di lengannya. Laju, dia menggosok-gosok lengannya dengan harapan sejuk terusir pergi; biar sebentar cuma hangat yang dia dapat, sebentar lagi dia cuba ikhtiar sesuatu untuk menghadang dia dari kesejukan ini.

Hujan lebat di luar yang seolah-olah berkejaran untuk turun membasahi di bumi langsung tidak tunjukkan tanda mahu berhenti - apatah lagi dengan kilat yang sekali-sekala menyambar bumi disertakan dengan guruh; dia cuma mampu termenung di jendela itu dan leka menghayati tanda kebesaran Tuhan. Ketika hujan begini, waktu-waktu beginilah - yang pantas menghumban ingatannya kembali ke masa lampau, ketika dia di puncak segala-galanya; yang dia pilih untuk lepaskan dan lari ke sini - termasuk meninggalkan pria yang sanggup ada untuknya susah dan senang. Ah, dia tidak tega untuk pentingkan diri.

Matanya lari sebentar daripada merenung titik-titik hujan yang melanggar kaca jendela biliknya; di situ dia ternampak bayangnya.Dia renung jauh ke dalam anak matanya, cuba mencari makna. Tapi..tiada.

Dia sudah mati saat dia pilih untuk lari ke tanah asing ini yang penuh dengan pria kacak berambut karat dan gadis-gadis comel bermini skirt dan but paras paha. Dia sudah mati.

Jumaat, 22 April 2011

Potrait Of Love.

current song : Time After Time - Norah Jones


And there she sat quietly, writing a note of love, while her whispering for the wind to carry her wishes - may her dear - somewhere, somehow may find her here; 
And there she sat quietly, under the old oak tree,
drawing the picture of the man that stole her heart;
Captivating every moment that she treasures her dear,
And there she sat quietly, praying for her dear love to finally come and find her here;
And together shall they treasures each other,
To be loved and live every moment
Of their never ending love;
And there she sat quietly, time after time..

Come love, wherever you are, I'll be right here waiting for you..

And there she sat quietly, leaning against the old oak tree, holding a potrait of her dear love, praying for that someday her dear love will find her here..

Isnin, 18 April 2011

Oh, somehow dari jauh saya terdengar derap kaki saya dan nampak tapak kaki saya yang tertinggal di atas timbunan salji ketika saya berlarian sambil menyeret pencangkul salji(atau apa sajalah namanya). Saya dapat rasa saya tak suka salji. Sejuk. Takde tanah, daun-daun hijau yang memang hijau kering, angin hangat yang menghembus wajah.

Semuanya dingin. 

Tapi ketika itu saya berlari-lari seorang diri, ketawa meraikan apa adanya di situ. Terguling-guling sengaja biar sejuk itu mencengkam sampai ke tulang sumsum. Dan saya beranganan ketika itu, untuk dipeluk oleh tuan empunya rangka rusuk yang diciptakan untuk saya kembali kepadanya - kembali jadi satu - dan merasa hangatnya cinta dalam meraikan apa adanya.

Jumaat, 8 April 2011

Tempoh hari, sewaktu saya di rumah, ternampak planner lama, zaman matrik dulu. Dalam tidak sedar saya ambil, dan tenung lama. Mengenangkan betapa masa sudah lama berlalu. Walaupun baru dua tahun tapi..Banyak yang sudah berlaku.

Saya bukak, sehelai demi sehelai dan geli hati sendiri. Sampailah satu muka surat ni, mata saya tertangkap quotation yang saya buat di sudut paling bawah, yang berbunyi;
"When we want to talk to Allah, we pray and say prayers.
   And when we want to hear Allah to talk to us, 
        We read Quran."
Saat itu saya terdiam lama. Macam tertampar muka sendiri rasanya. Saya lupa saya pernah tulis ini. Tapi sebenarnya bukan itu yang terkesan dalam hati saya, tapi..saya yang ketika itu yang membuat saya terkesan. 
Yes, people changed. Well in my case, a lot.


Rebel ini tidak akan ke mana.

Khamis, 7 April 2011

Adat.

Hari - hari langit mesti mendung punya. Tadi, waktu kelas, hujan lebat. Dalam kepayahan saya dengar bisik cikgu yang cuba sedaya upaya lengkingkan suaranya yang halus tu. Tapi dalam masa yang sama telinga saya lebih kepada menghayati hujan itu sendiri sebenarnya. Sudah macam terbiasa cuaca begini. Saya senang, begini. Waktu-waktu yang perlu saya hadirkan fokus, cuaca begini memang membantu.

Dan, ada sesuatu tentang lumrah takdir yang saya kena terima. Lebih setahun lepas, saya main-main. Benda serius yang saya tahu, tapi kurang pasti, saya persetankan saja sebab saya, tidak pasti. 

Kelmarin - saya rasa dipermainkan takdir sendiri. Jalannya bercabang, semuanya menghala ke pengakhiran yang berbeza. 

Dan hari ini saya memandang jalan yang saya tinggalkan dulu untuk jalan yang sekarang ini, dengan hati yang cemburu. 

Bercakap tentang pilihan dan peluang - well - saya umat yang paling [unknown] dalam dunia ini.

--
"Aku dah bagitahu dulu." Lepas salam diberi, terus saja menghembus.
"Iya. Tahu. Lama tak datang?"
"Tiada sebab untuk datang. Tambahan, kau suka salah guna."
Huh. Tertikam dada aku rasanya. 
"Iyalah. Aku tahu. Tahu.." 
Lemah rasa weh.

Selasa, 5 April 2011

Petang ini, bilik aku sengaja biarkan gelap. Dan aku sendiri di sini. Di luar sana, langit biru dengan matahari yang terang memancar serta-merta jadi kelam dan langit bertukar hitam kelabu saat aku berada di rakaat kedua Asar. Apa sudah jadi? Tengahari tadi pun sama. Aku baring, set jam setengah jam kemudian, sedang matahari terik memancar. Tapi bila aku bangun - hujan lebat mencurah-curah di luar dan jam, sudah tunjuk yang aku sudah tertidur sejam lamanya. Dan ada test pukul 2. Ketika aku mengatur langkah dalam siaga, hujan berhenti dan kembali terik. Aneh.

Aku berdoa dari tadi - sudah sejam lebih sejak langit tiba-tiba mendung - supaya hujan turun lebat lagi. Ada sesuatu yang memberat dalam kepala aku dan aku tidak tahu apa. Dipicit, tidak sakit pun sebenarnya. Cuma, berat. Mengantuk? Langsung tak. Tolonglah, hujan. Ah, roommate dah balik, langsung dibukanya semua lampu.
Aku..hilang mood.
Bai.

Ahad, 13 Mac 2011

Malaysia 21 - Denmark 15.

Aku rasa lain. Oh, lapar rupanya. Terguling-guling memikir nak turun makan atau tak - sempat mengira-ngira jarak yang perlu diharung demi makan. Fikir kerja lagi, kerja, dan kerja. Ah, sudahnya 20 minit habis hanya untuk putuskan nak turun makan atau tak. Alang-alang rugi masa, terus aku tukar seluar, sarung kardig, sarung tudung. Siap. Lalu mengejar Dataran Cendekia. 

[9.25 pm]
"Smileee." Tiba-tiba abang kedai makan kata kat aku. Khusyuk menulis order, aku buat bodoh. Gila apa. Muka aku serius sangat ke?
"Nasi goreng paprik."
Lantas mata aku melilau mencari tempat duduk. PENUH. Semua stok duduk berdua-dua di meja 4 kerusi. Gurh. 
"Boleh duduk sini?" Senyum paling manis, muka paling baik paling peramah. Aku serang saja meja yang ada depan mata. Dua-dua perempuan tengah khusyuk makan tomyam.
"Uh, boleh, boleh." Pun ramah. Heh, rezeki aku. Lalu duduk, angkat kepala, tengok Astro Supersport Malaysia - Denmark. Lantas senyum. Rezeki aku lagi. Sedang memikir, tiba-tiba terperasan baju yang aku pakai. Oh, padanlah.

[9.30 pm]
"Niniiiiiiiiii." Laung abang Kedai Auntie Wann pakai cap. Bapak gilak kuat dia jerit. Aku ada depan dia jekot. 
"Cepatnya? Baru duduk." Aku menggumam perlahan. Abang kedai tu pandang tak berperasaan. HEH. Aku jeling nasi paprik aku. Alah, bukan panas-panas. Melilau lagi mata aku. Nak makan kat mana pulak ni? Ah, bantaii.
"Makan sini boleh?" Masih kacau meja yang sama. Maaflah, kacau kauorang dating, bisik hati aku.
"Ha, boleh,boleh. Duduk jee."
Letak pinggan, kejar kedai air pulak. Teh ais satu bang. Ah, sekali sekala mengetehais. Lepas gian.
"Tak pe ke, makan sini?" Risau pulak aku. Kacau privacy plak dah.
"Takpee, makan jee." 
Aku senyum paling manis lagi. Bajet gadis baik lagi peramah lagi comel. Ah, perempuan duaorang ni pun comel gakk. Alang-alang aku tak berteman ni. Hehe~

[9.40]
"Naik dulu." Laju gila aku makan. 
"Eh? Naik dah?"
Angguk. Sori, tak teman lama. Nama kauorang pun aku tak tanya. Kolej mana pun aku tak tanya. Sibuk cerita pasal badminton tadi je.
"Thanks, teman." Leret senyum lagi. Ah, tak habis-habis senyum aku ni. Sungguh, aku hargai korang teman aku walau tak sampai 10 minit.
"Okayyy." Alalala, kiutnya kau. Sayang tak tanya banyak. Maaflah, tengah takde mood. Heh.
"Babai." Saling babai-membabai. 
Lalu aku kejar pulak kolej sambil hirup tehais kegemaran. Sambil kepala mendongak tengok bulan.

Oh, bulan. 
terangnya, kau. Siap dengan awan kepul-kepul kat tepi tu.
Walah. 
Terus kepala terimbas peristiwa lepas maghrib semalam.


"..bukan niat hatinya nak buat macam tu.. Dia pun terpaksa."
"..maksud kamu? Demi kebaikan dirinya, dia terpaksa?
"Ya iya."
"Jadi kalau aku berjauhan dari dia, dia akan OK lah?"
"..mungkin. Dia fikir macam tu."
"..."
"Tapi dia pun berbelah bagi."
"Asal?"
"Yelah, dia sayang kamu lagi."
"Aku tau tu."
"..."
"Dia teringat kenangan kauorang berdua. Masa dulu-dulu. Gembira."
"Gembira? Dulu? "
"Yalah, dulu-dulu. Pergi tengok wayang..Bla bla bla[menggugam]"
"Aku tau. Semua yang aku tau memang betul."
"..."
"Lalu bagaimana?"
"..."
"Tapi dia jugak tak boleh kalau berjauhan dari kau."

Sambil naik tangga, kepala ligat memutar memori. 
Dalam bus tadi pun, cuaca mendung. Lalu hujan renyai. Tiba-tiba terflashback waktu mula-mula ke Bukit Tunku. Kemudian, rentetan-rentetan lain. Jelas, terang. Ah, kenapalah kepala aku suka putar memori-memori begini.

Sabtu, 26 Februari 2011

Kerana Dirimu Begitu Istimewa.

setiap wanita memang ada kelebihan masing-masing. setiap orang, memang ada sifat dalam diri yang kurang dan lebih. Allah itu maha adil, jika di sini kamu kurang, di sana kamu lebih.

analoginya begini. 

dalam satu bilik darjah yang penuh dengan lelaki dan perempuan, seimbang bilangannya. kita tidak tahu secara total keperibadian setiap satunya. tapi dalam setiap satunya, memang wajib ada yang istimewa. kalau terlintas dalam kepala, kenapalah dia begitu-begitu ( faham : lebih cantik, macho, kelakar, kurus, berisi, menyerlah dsb ) usah dipersoal. hanya kerana dia lahiriahnya nampak diminati, disukai, menarik blablabla, kamu juga, istimewa. walau macam mana pun kamu, hargai setiap sifat diri kamu, raikan dengan rasa istimewa. kalau bukan kamu sendiri, siapa lagi yang kamu harap untuk pujikan kamu? 

ya, mungkin dia lagi hot dsb, tapi kamu, apa kurangnya?
cantik kamu mungkin pada akal kamu, atau
cantik kamu mungkin pada hati kamu, atau
cantik kamu mungkin pada amal kamu, atau
cantik kamu mungkin pada sabar kamu, atau
cantik kamu mungkin pada gaya fikir kamu, kematangan kamu, sifat tanggungjawab kamu,
sifat memahami kamu, sifat tenang kamu, tegas diri kamu, jujur kamu, atau mungkin,

kamu pandai masak.
pandai jaga baby.
rajin di dapur.
pandai buat berbagai kuih muih, kek.
rajin kemas rumah, decorate rumah.

kan? setiap kualiti dalam diri, harus dirai. bagi yang tidak pandai atau tidak punya apa yang saya senaraikan, jangan susah hati, rendah diri. mungkin kamu lebih di tempat lain?
lagipun, semua itu sifat tambah. kita, manusia, yang binakan. sesuai dengan peredaran masa, usia, kita semua akan pandai. jangan bimbanglah. :)

tidak salah melihat cantiknya orang lain, bergayanya orang lain dsb, tapi cukuplah mengkagumi, usah dijadikan sebab kamu rasa rendah diri. percaya, kamu pun cantik juga. :)

dan juga, istimewa. ♥

Jumaat, 25 Februari 2011

Si Tua I

"ke mana kan harus kita pergi, nanti? kalau sudah tanah kita tergadai dan tidak diakui tuan, jiwa kita sudah dibeli dan jati kita hapus terus, cakap, bagaimana kan harus kita harung hidup terbuang di tanah sendiri?"
harus monolog dalaman, itu saya percaya. hampir setiap masanya, harus difikir-fikirkan. tapi terkadang letih, kerana mengenangkan upaya diri yang hanya setakat mana, berbekalkan iltizam yang sedikit cuma. tapi harus juga, berfikir. 

*

petang yang redup di sebuah perkampungan sepi di hujung desa, Azman perlahan menapak dengan fikiran kosong. akalnya terbejat seketika, kalut dalam merencana agenda ringkas lewat persinggahan spontannya di sini. semuanya kerana tekanan hidup di kota dengan tugasan daripada guru yang tidak pernah surut. lalu terbuang dia ke sini; tanpa tujuan yang jelas. apa yang ada di dalam kepalanya saat dia menekan pedal minyak sebentar tadi, mahu lari, menghilangkan diri sebentar untuk menyelam jauh ke dalam dasar dirinya, mencari ketenangan atau mungkin mencari kembali tujuan asal atas segala sebab-musabab dia masih terperusuk dalam susuk jisim yang mengejar segulung kertas; gelaran siswazah untuk kursus yang makin dia rasakan tidak relevan dengan dirinya.

dengan keluhan, Azman memandang jauh ke hadapan. jauh benar, tembus ke hutan belantara mungkin. begitu sesak kepalanya hinggakan kebun sekangkang kera itu pun disangkakannya hutan belantara. naif sungguh. dan dalam huru-hara kepalanya, Azman terpandangkan sebuah rumah, tidak jauh dari tempat dia berdiri. lalu dia terjumpakan sasaran. dengan tekad yang gila, dia hidupkan enjin, lalu mengejar rumah usang tidak bercat itu. sempat dia ketuk kepala, memikirkan ulahnya yang gila. semakin mampir dia ke perkarangan rumah usang itu, semakin dia rasa tidak waras, makin tidak pasti dengan tindakannya. tapi, ah. persetan.

kelihatan seorang tua sedang duduk diam merenung ke hadapan. riaknya tidak berubah walaupun Azman sudah menapak perlahan ke arahnya. hanya setelah salam diberi, seulas senyum mendamaikan terbit dari riak si tua. lalu mereka bersalaman.

"maaf ganggu, pak cik." dengan tingkah yang makin kalut, Azman rasa mahu lari dari situ waktu itu juga. 
"tidak apa-apa." si tua senyum misteri. tenang sungguh si tua ini, Azman langsung jadi tenang melihat ketenangan yang dipamerkan si tua walaupun menerima kunjungan tiba-tiba yang maha gila dari seorang gila seperti dia. mahu dilanjutkan ucapannya, menerangkan kehadiran dia di situ secara tiba-tiba, yang dengan cara yang paling ganjil lagi merunsingkan siapa-siapa saja jika mereka berada di kedudukan si tua. tapi ulah si tua membantutkan niatnya.

"mari duduk, sebelah pak cik." sambil menepuk-nepuk perlahan kerusi kayu di sebelahnya. Azman mengangguk bodoh sambil tersengih-sengih busuk dengan pelawaan si tua yang cuma berkain sarung dan selesa tidak berbaju. 

"anak ini dari mana?" penuh ramah si tua bertanya.
"Shah Alam, pak cik." si tua kelihatan memikir sebentar.
"Oh..dari bandar. jauh tu sampai ke sini." Azman hanya tersengih kambing menutup gugup. sungguh dia seolah dapat rasakan si tua ini dapat baca segala tindak tanduknya. malah- mungkin niatnya juga?
"ada hajat apa anak sampai jauh ke sini. mencari sesuatu?" penuh dalam maksud si tua. apa benar si tua ini bisa membaca gerak geri orang?
"er..saya tak tahu, pak cik." si tua ketawa perlahan mendengar jawapan Azman. nah, memang benar seperti telahan si tua.
"susah hati, ya?"
"..entahlah pak cik." si tua senyum lagi. saat itu terus saja Azman makin rasa selesa dengan si tua, sepertinya dia seorang pak cik yang sudah dikenalinya sedari kecil.
"anak sedang belajar?"
"ya." kali ini si tua berubah riak, merenung kembali jauh kehadapan apabila mendengar jawapan Azman.
"saya..bingung, pak cik. tertekan, tak tahu nak buat apa. saya makin rasa..hilang semangat."
"tinggal saja di sini, beberapa hari."
gila. ini memang gila, bentak hati Azman. lama dia diam. hanya sepi berkata-kata antara mereka.
"jangan risau..pak cik cuma ada rumah usang ini saja. hidup pak cik cuma ini saja,lah. apa yang perlu dikhuatirkan? ada kamu secara tiba-tiba, mungkin tuhan mahu hadirkan sesuatu kepada pak cik, dan mungkin juga ini bahagian kamu, dihadirkan ke sini secara tiba-tiba, untuk sesuatu yang..kita sendiri tidak terdugakan. prejudiskah kamu dengan rencana-Nya?" bicara tenang juga telus terus si tua seolah memanah tepat akalnya yang terbejat sebentar tadi. si tua ini, sesuatu. sesuatu yang..hanya naluri bisa mentafsirkan secara tepat. 

"pak cik seorang saja?" dia mempersoal secara spontan.
"seperti yang kamu nampak." lalu Azman tidak bertanya lebih-lebih. dengan tingkah si tua ini sedari awalnya hinggalah sekarang, dengan setiap patah katanya, si tua ini- berhati walang. juga sepertinya, mungkin. tapi si tua ini, sedang hidup mendepani hari-hari tuanya dengan jiwa yang lara. itu si tua yang terimbas spontan dalam kepalanya.

sepertinya, mereka berdua yang ditakdirkan Allah untuk bertemu di situ, terus bisa menjalinkan bicara secara hati. si tua ini sesuatu, si Azman ini juga, sesuatu. bayangkan saja apa yang boleh terjadi antara mereka apabila mereka mula bercerita secara telus, melihat hidup keduanya dari perspektif yang berbeza tapi mungkin sama? 

*

ini adalah anti klimaks. Azman dengan semangat juangnya untuk menjadi seorang lagi anak melayu yang berjaya, berjaya bukan setakat dengan gulungan ijazah dan gelaran tapi, bermodalkan diri yang mantap ilmu dan pemikiran yang bisa membawanya berdiri sama tinggi ataupun mungkin lagi tinggi dari penumpang tanah melayu ini; terjumpakan sesuatu dari si tua dan memanglah pertemuan maha luar biasa mereka itu sememangnya sesuatu. lalu dia sedar akan sesuatu yang penting. si tua, karakternya misteri, mungkin kelihatannya tipikal tapi terlalu panjang untuk dikupas dan saya tidak serajin itu untuk tolong memberikan jawapan kepada karakter si tua. anggap saja; dia si tua yang tinggal di rumah usang, sebatang kara, melalui usia senjanya dengan menangis mengenangkan anak bangsa, kerana ketidakupayaannya juga dia hanya mampu terus begitu- tenggelam bersama-sama fikiran emasnya, yang mana jika mampu terkongsikan dengan anak-anak zaman kini, umpama satu pancing yang mengumpan mereka untuk menanam dalam kepala tentang ideologi hidup yang bermakna, tidak mensia-siakan nikmat yang sudah diberi. sungguh, falsafah hidup bukan bererti menjalani hidup seperti biasa-biasa dengan monolog dalaman yang biasa-biasa.

kita secara lahiriahnya hari-hari melakukan rutin yang hampir sama setiap hari. itu tak kisahlah, terpulang. tapi satu susuk yang penting yang perlu tertanam dalam diri kita, sesuatu. carilah. 
kerana dirimu begitu berharga. 





nota kaki : uhum. ya, ini bahagian saya.

Saya 21, Dan Masih Belajar.

nota atas : post ni akan jadi panjang dan melalut dan longgar sanasini.

tengoklah, belum apaapa dah set minda macam tu; ada limitation. macamana minda/jarijemari nak gerak freely?

*

"kau memang macam budak-budak pun." (Dalilah, February 22) i was like, OUCH. and dalilah was like, selamba gila. 
bila reaksi aku macam tinggal nak terguling melutut, dia menambah,
"bila dengan akulah."
TAPI, ayat tambah dia tu tak membantu pun menyurutkan perasaan aku yang macam, omg, lepas lebih kurang 5 tahun baru dia terus terang tepat kat muka aku pasal fakta yang satu ni walaupun 5 tahun lepas aku memang perasan (aku rasalah) perangai aku macam mana. tapi sebab sekarang aku makin lupa and aku memang pelupa, jadi aku macam kena tikam dengan kebenaran. T-T

and sekarang, aku terdorong untuk jadi budak-budak dengan siapa-siapa yang dekat dengan aku pun. its annoying, aku tau. aku sendiri pun annoyed tapi, entah. macam rebel dengan diri sendiri jugaklah. im not being me. or maybe this is me? hoiiii nini, make up ur mind already.  THAT IS so NOT me.

aku sengaja. sebenarnya. tengok, bila aku macam tu, diorang macam mana? lebih kurang, jadi bodoh untuk tengok tahap kebodohan kematangan orang lain, atau, menyisip perlahan-lahan dalam diri diorang dan melihat diorang dalam, diorang. 

and sekarang, aku dah hampir sampai limit. agak meluat buat benda gitu. buat-buat bodoh, tak mustahil lama-lama kau jadi bodoh. hanyut dalam arus yang aku cipta sendiri. lagi-lagi aku kan pelupa? kajian mengatakan yang aku tak tetap pendirian tapi degil. matang tapi kuat mengelamun, tenang and memang kurang nilai asertif, pemendam blablabla well you get the idea.

ah, ranting. cakap macam sekarang pun terasa bajet poyo/bagus sebab well, benda ni semua tau, kan? tapi yelah, ini bahagian aku. ada sorang budak ni umur 16 tapi level matang dia lebih kurang/hampir-hampir level aku. pftt. buat aku rasa defeat. and time-time ginilah aku rasa macam, uh. tak tau. sungguh randum. aku tengah proceed dengan progress projek kot tadi time aku tetiba rasa nak update blog -__-

*
"saya tengok student sekarang ni, compare dengan zaman saya dulu, well taklah dulu sangat, tapi dulu lah jugak kan, student sekarang ni lebih kepada..hoping. berbanding berusaha membina nilai tu sendiri dalam diri ( baca : menjadikan cegu sebagai alasan tak berjaya/tak faham etc ) " ( Pn.Azimah Khalid, February 24)

spontan, terus terlintas dalam kepala aku muka-muka teman yang ada strong will power, peribadi yang cantik hensem, pemikiran yang cantik hensem, dan semestinya membuahkan imej diri yang cantik hensem.

after all, diorang still jugak jadi diri diorang walaupun orang tak suka/kadang-kadang tak suka.
jujur, menjadi jugak diri diorang, atleast. berani. berpendirian.

aku? memang, takut buat silap, takut orang jadi tak suka, offended dengan kata-kata aku yang dulunya memang selalu direct. orang tak suka, jadi aku discrete. which is actually, perlahan-lahan membunuh aku dari dalam.

and siang tadi, aku terlepas cakap, terlepas tindak laku banyak kali. and aku gembira.

*
(grabbing my 6 year old nokia3200 on instant reflex)
"sungguh, aku tak boleh berhenti fikir sejak semalam."
"nini, you're doing great. don't worry." (Dalilah, February 23)

tapi hati aku tak jadi sedap pun sebab aku tau dia tengah tak lebih dari menyedapkan hati aku.
dan kepala aku makin hebat memikirkan tentang dia.
si cinta hati.

--




nota kaki : and kadang-kadang aku jadi takut nak update blog sebab takut dengan expectations orang. dah jadi kurang bebas nak menulis.


Jumaat, 11 Februari 2011

Kita Kena Randum(?)

cara bangun pagi tadi antara pagi yang aku cuba/takmahu/niatkan supaya tak terbangun dengan cara/rasa yang macam tu. letih wohh. journey dalam mimpi, dahlah mengembara ke merata tempat ke pelusuk merata dunia, huh. cubalah bayangkan roh anda kembara satu dunia semuanya dalam, satu malam?

huh. 

dan hari ini mood rajin datang. rajin pulak aku nak berjalan ke fakulti semata-mata mahu minta buatkan surat, yangmana, aku boleh tangguhkan niat aku supaya pegi minggu depan je, tapi, sebab nak sedapkan hati mak, pergi jugaaaalah..heh. alang-alang, boleh beli makanan terus, kan? takdelah aku kelaparan gila sebab kemalasan nak tukar baju, turun, jalann pegi beli makanan macam tengahari semalam. dah lah stok megi takde, oh, aku sengaja tak beli sebenarnya pun heh. tak baik untuk otak, perut, jantung, darah etcetc blabla yadayada adnauseam.plus jalanjalan pepagi hari ni boleh gak bakar kalori/lemak/sparetayar aku since berat dah naek lagi 3kg orzorz. dan aku memang nak jadi kecik sikit dari sekarang, nak jadi kurus memang tak realistik langsung lah ftm.

dan sepanjang perjalanan aku dari bilik-parking kereta lec-fakulti-ofis-kafefakulti-parking-ofiskolej-bilik, wuhh, aku gembira. kerana menjadi randum. dan bertemu orang-orang randum, dan berjalan ditempat-tempat randum, juga memilih untuk berjalan di area fakulti yang dah lama aku tak pijak, secara randum.

sambil jalan, terimbas secara terus menerus imej kemungkinan masa hadapan. oh, aku gembira. hidup ini perlu(?) randum.