Khamis, 21 April 2011

Moron.

Hujan turun melebat lagi petang ini. Masih; kilat sabung-menyabung macam semalam, dan gelap seperti semalam. Bezanya hari ini, aku akur pada rasa hati.

Apa benar aku yang dulu makin hilang ditelan masa? Ya kamu, yang nampak aku macam begini, tolong? Aku hilang petunjuk; bila? Di mana? Bagaimana? Kenapa? Siapa?
..Siapa?

Sejak bila aku mula pilih untuk hentikan waktu?

Aku tak perlukan lagi 4-5 tahun untuk aku terduduk dalam memikir kalaulah ada siapa-siapa yang boleh aku pinta supaya bagi aku penempeleng barang 2-3 kali supaya aku sedar; jangan jadi bodoh!

Rugi masa, lah.

1 ulasan:

Katakan.