Isnin, 11 April 2011

Tipikal.

Bumi ini penuh dengan pasir jerlus. Bila kau sedar yang kau hampir menapak ke atasnya, tolong, cepat-cepat lari. Jangan kau tenggelam dan binasa.

Meminjam kata-kata seorang yang saya kenal;
"Cinta membuat aku mampus dan hidup semula berjuta kali [jurukopi, 2010]"

Dan memegang apa yang saya percaya,  apa yang sudah jadi kenangan, biar kekal dalam lipatan sejarah. Aku tak boleh jilat ludah aku sendiri - jika dia pernah bagi tsunami cinta sekalipun, dia, aku sudah pilih untuk jadikan lipatan sejarah. 

"Maaf hanya untuk seorang escapist yang gunakannya untuk escape dari kesalahan. Yang penting, selepas ini apa yang patut kau buat dengan aku?[Mira Awek Chuck Taylor, 20xx]"

Bezanya dengan aku - aku langsung tak perfect, berbekalkan watak gadis tipikal dengan aset tipikal, aku rasa aku kosong saja di dalam.Dan, memang tipikal. Plain.

Itu apa yang aku mahu percaya saja sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.