Memaparkan catatan dengan label real.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label real.. Papar semua catatan

Jumaat, 30 September 2011

Second Chance.

Waktu itu tengahari dan kami duduk santai-santai aja di atas lantai sejuk tak beralaskan tikar, dengan tangan yang masih ada sisa makanan. Sinki dekat aja, tapi setiap detik yang berlalu terasa terlampau berharga untuk dibazirkan dengan setiap langkah menuju ke sinki dan setiap langkah kembali duduk. Jadi, aku tanya sambil berdehem perlahan.

Mak okay?
"Mak okaaaay. Okay aja." Jawabnya dengan nada riang. Dan aku sentiasa tahu dia akan jawab macam tu.
Yaka? 
"Betuuuul. Mak okayyy aja. Kan Wan? Mak kuat, kan? " Adik aku mengangguk perlahan.
Aku pandang satu-satu muka-muka yang ada di situ waktu tu. Bagusnya diorang, aku terharu campur sayu. Campur rasa bersalah. 

"Jangan risauuuu. Ini semua ketentuaaaan. Kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita; mungkin inilah yang sudah tertuliss. Ini semua kerja Dia, apa yang boleh kita buat, kita buat. Redhakann."

Betul. Hearing that from my mum, I can't help myself from feeling even worse. But seeing how energetic she is, trying to make a good atmosphere, me, too, driven to do the same. This is how I can help her.

Jauh mana aku lari, sejahat mana aku jadi, akhirnya, aku kembali jadi aku yang sebenarnya.
Kami dua, sama.

Petang itu, aku peluk kuat-kuat sebelum aku pergi. Aku tak tahu, apa akan jadi nanti. Aku tak tahu, kalau esok  lusa aku hidup lagi. Aku tak tahu, esok lusa kalau dia hidup lagi. Dan ini, pelukan aku yang pertama yang aku ingat tulus dari hati.

Waktu itu petang, matahari memancar terik. Aku dalam kereta api yang kosong. Kereta api meluncur laju membelah angin, menggelincir landasan dan terus menghias sepi yang ada. Dan kepala aku penuh dengan bayangan-bayangan masa depan yang tak menentu.

Tapi aku tahu satu benda.
This is how I can help her.

Ahad, 25 September 2011

Realiti bukannya macam kisah dalam novel. Kalau hendak menulis, oklah hendak bereksperimen dengan jalan cerita tapi, selalunya kisah yang diceritakan balik, tak kira mustahil macam mana pun bunyinya, kalau memang bukan fiksyen, memang..senang cerita, mungkin akan terjumpa dalam mana-mana bahagian kisah hidup kita. Waktu tu kita macam, 'oh, macam cerita yang aku pernah baca dululah.' 

Tak boleh tidak, terasa macam, wow. Itu memang betul-betul jadi ke.

Dan pusingannya dalam kehidupan ni, tamat kisah-kisah yang panjang, dan bila sampai waktu, ketikanya,
aku, akan terduduk lama dan memikir.

Macam mana, aku nak olah semua sekali supaya mereka faham.
Pengajaran yang panjang ini, aku tak nak jadi sia-sia dalam tangan aku seorang.
Aku, pengajarannya.

Kau orang semua, jaga diri, jaga iman, jaga kesucian, jaga kebersihan, jaga akhlak, jaga pandangan, jaga pemikiran, jaga solat, jaga peribadi, jaga hati budi. Jaga mulut...Jaga, jaga, jaga.

Tolong, terus kekal macam itu.

Gadis, tolong, jadi macam epal yang tinggi di atas pokok.
Kalau saya terjumpa kamu, saya tak akan lepaskan kamu.

Sabtu, 23 Julai 2011

Aku tengah baca newspaper bila mak yang tengah duduk kat sebelah bersuara.

"Kau kenapa?"

Aku diam kejap. Fikir dan fikir.

"Oh, takde ape."

"Kau jaga-jaga sikit ye, kalau  jadi apa-apa mak tengok kau macam hape siap."

Gulp.

Masa tu serius aku rasa nak lari masuk bilik, protes. Tapi nasib baik tak sempat aku nak bangun,

"Apsal kau jadi macam budak-budak sangat ni?"

There.

Jumaat, 10 Jun 2011

Malam itu kita menari, meraikan rasa yang ada.
Setiap buai perlahan melonjakkan cinta, menggebukan cemburu;
Aku takut, kau pergi.

Ketakutan ini, membuat aku tamak.

Isnin, 6 Jun 2011

Sekeliling sepi seketika, aku renung langit. Sakit, bedilan titik hujan tidak putus-putus.
Itu semalam.
Hari ini, tuhan beri peluang lagi.

Rabu, 13 April 2011

Telegram untuk Atuk.

Ada sepuluh pintu, kot? Dan aku rasa (baca : baru perasan) dah banyak dah yang terbukak. 
Atuk, saya ni bahaya, ke?

Isnin, 11 April 2011

Tipikal.

Bumi ini penuh dengan pasir jerlus. Bila kau sedar yang kau hampir menapak ke atasnya, tolong, cepat-cepat lari. Jangan kau tenggelam dan binasa.

Meminjam kata-kata seorang yang saya kenal;
"Cinta membuat aku mampus dan hidup semula berjuta kali [jurukopi, 2010]"

Dan memegang apa yang saya percaya,  apa yang sudah jadi kenangan, biar kekal dalam lipatan sejarah. Aku tak boleh jilat ludah aku sendiri - jika dia pernah bagi tsunami cinta sekalipun, dia, aku sudah pilih untuk jadikan lipatan sejarah. 

"Maaf hanya untuk seorang escapist yang gunakannya untuk escape dari kesalahan. Yang penting, selepas ini apa yang patut kau buat dengan aku?[Mira Awek Chuck Taylor, 20xx]"

Bezanya dengan aku - aku langsung tak perfect, berbekalkan watak gadis tipikal dengan aset tipikal, aku rasa aku kosong saja di dalam.Dan, memang tipikal. Plain.

Itu apa yang aku mahu percaya saja sekarang.

Cinta, brainwash dan pengisi sepi;
Seni membrainwash orang yang kau sayang dengan alasan mahu pesona dirinya yang sebenar menyinar sedang kau sebenarnya mahukan kasihnya saja, well, itu bukan cinta.

Yang mana kau cinta, kehadirannya atau dirinya?

Manipulasi;
Cukup sudah. 

Psiko;
Terima kasih.

Angan;
Selamat tinggal.

Realiti?
Selamat datang.



Ahad, 10 April 2011

Aku lihat kiri, kanan, depan, belakang. Aku di situ, statik. Sedang sekeliling aku berputar - pusaran masa silam -  sekali-sekala ada tangan-tangan yang cuba tarik aku supaya disedut sekali ke dalam pusaran yang maha menggila dengan jeritan-jeritan gila yang aku cuba persetankan saja. 

Cukup. Kamu semua, adalah lipatan sejarah.