Sabtu, 17 Disember 2011

Review : Tentang Buku

Saya harus dikecam barangkali kerana mendahulukan sesuatu yang bukan sepatutnya berada dalam keutamaan, pada masa-masa begini. Ketika teman sekelas saya tekun menelaah buku pelajaran (dia juga teman sebilik saya), saya tekun mencatat nota-nota penting daripada tulisan Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang : Daripada Sosialisme Kepada Islam.

Tetapi saya tetap saya. Sebagaimana takrifan yang mereka yang pernah tinggal sebilik, atau serumah dengan saya; saya kira itu memang saya. Mungkin. Ini bukan fasa untuk saya takrifkan saya bagaimana - sekurang-kurangnya bukan sekarang. Belum lagi. Mereka katakan saya terlalu..rileks. Entah.

Spontan, kadang-kadang, saya bertanyakan tentang Perang Vietnam dan Perang Korea contohnya - kerana ada disebut oleh, boleh saya panggil - Pak Kassim, yang mana memang tulisannya diwarnai sejarah-sejarah lama era 1930-an hingga awal 1990-an; selayaknya kerana beliau lahir, mungkin saya boleh katakan/kategorikan/rasakan yang beliau lahir sebagai baby boomer. Dan seluruh, sepanjang-panjang tulisannya membawa aura pasca WW2 dan 31 Ogos 1957.

Eloklah, kerana saya, pada tahap ini memang kena dengan;
"Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it,"- George Santayana

Bukan satu ini saja yang saya baru baca, sebenarnya tapi, saya dahagakan sesuatu yang saya tidak tahu. Pelik, kita ini hidup dikelilingi macam-macam benda, perkara, apa sahaja. Tapi dibutakan oleh sesetengah perkara..lain. Antara yang membuatkan saya meleret panjang senyum adalah apabila Pak Kassim menyentuh tentang umat Islam seluruh dunia yang mewarisi Islam, bukan sesungguhnya menjadi seorang muslim itu sendiri. Ini umum. Apa yang poin yang dia gariskan adalah bagaimana kita, dididik untuk khatam Quran itu, berkali-kali, tetapi disembunyikan daripada kita apa yang disurahkan daripada kitab pedoman itu.

Bagaimana kita disuruh untuk khatam berkali-kali, melagukannya penuh syahdu penuh irama - tetapi kita tidak diajar untuk memahami maknanya. Ia bukan sesuatu untuk diajarlah, sebenarnya, ya betul. Tapi apabila rutin itu disemai, diturunkan diwarisi, akhirnya apa? Muslim itu buta Quran? Bersepah di mana-mana tapi isi kandungnya ditiraikan kulit tebal dan sekadar dihiaskan di rak-rak sekitar dunia.

Saya masih mencari tafsir yang benar-benar memuaskan hati saya. Ya, tulisan Pak Kassim selalunya kontroversi, pemikirannya kiri, pernah malah masih - difitnahkan sesat malah dianggap merbahaya. Tapi kadang-kadang apa yang difikirkannya selari dengan apa yang ada dalam kepala saya. Sekurangnya-kurangnya - mungkin 1/5 daripada. Atau 1/10 - tak kisah. Tapi ada sesuatu tentang Pak Kassim, atau nasionalis kiri yang saya berminat untuk tahu. Memperbanyakkan timbang tara untuk dijadikan..rumusan dan seterusnya menetapkan..pegangan?

Panjang, kalau ingin saya ceritakan semua di sini. Terlalu..banyak. Nanti pengakhirannya saya lebih cerita kisah saya daripada apa yang saya jumpa daripada Pak Kassim. Poinnya, saya melihat evolusi Pak Kassim. Semua orang begitu, mungkin. Setelah melalui fasa-fasa membangun, belajar, rebel dan sebagainya, akan datang satu fasa di mana pengakhirannya kita jadi..konservatif, mungkin? Kerana akhirnya keberanian untuk berfikir itu yang membawa kembali kepada Tuhan yang Esa. Bukan untuk menjadi sesat, tetapi memperkukuh dasar. Bak kata Pak Kassim, bukankah hidup ini untuk mati, dan mati untuk hidup yang lebih tinggi?(Sajak Pembunuhan Dajjal, 1998)


2 ulasan:

  1. aku suka pemikiran kau, penulisan kau...
    hhihihi

    BalasPadam
  2. Saya juga biasa di waktu seharusnya menelaah membaca benda2 yg tak akan keluar semasa peperiksaan. =p

    Saya tertarik dgn ungkapan sdr. mengenai evolusi Pak Kassim dan samada kita juga akan berevolusi yg sama. Saya merasakan yg evolusi org yg membaca berkeupayaan untuk menerjah tangen2 yg mungkin tidak diterokai oleh orang yg tidak membaca.

    =D

    BalasPadam

Katakan.