katakan, setiap esak tangis seorang emak, yakinkah kita untuk peluk bahu seorang emak itu dan tenangkan ia, bukannya menangis bersama-sama ia? atau, yakinkah kita untuk berkata-kata, memujuk, seyakin kita memujuk seorang teman kala ia sedih dan terluka?
atau,
pekakah kita terhadap setiap tingkah seorang emak, tatkala ia diam membisu kerana pedih, atau ketika ia ketawa kerana menyembunyikan duka lara?
atau, yang paling simple,
perasankah kita, akan tingkah kita yang menjawab kasar, bertingkah kasar, terhadap seorang emak? kerana semuanya sudah jadi seperti biasa kepada kita.
setiap hati dari kita makin membesar egonya untuk menuturkan waima sepatah maaf, yang lazimnya laju meluncur atas dasar profesionalisme ketika bersama orang lain.
sudah, saya hendak sambung tulis pun rasa hilang yakin.
mungkin, ya, disamping kita menyenangkan hati seorang emak, mesti akan ada sesuatu yang lain yang kita buat yang setara dengan derhaka kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.