nota atas : post ni akan jadi panjang dan melalut dan longgar sanasini.
tengoklah, belum apaapa dah set minda macam tu; ada limitation. macamana minda/jarijemari nak gerak freely?
*
"kau memang macam budak-budak pun." (Dalilah, February 22) i was like, OUCH. and dalilah was like, selamba gila.
bila reaksi aku macam tinggal nak terguling melutut, dia menambah,
"bila dengan akulah."
TAPI, ayat tambah dia tu tak membantu pun menyurutkan perasaan aku yang macam, omg, lepas lebih kurang 5 tahun baru dia terus terang tepat kat muka aku pasal fakta yang satu ni walaupun 5 tahun lepas aku memang perasan (aku rasalah) perangai aku macam mana. tapi sebab sekarang aku makin lupa and aku memang pelupa, jadi aku macam kena tikam dengan kebenaran. T-T
and sekarang, aku terdorong untuk jadi budak-budak dengan siapa-siapa yang dekat dengan aku pun. its annoying, aku tau. aku sendiri pun annoyed tapi, entah. macam rebel dengan diri sendiri jugaklah. im not being me. or maybe this is me? hoiiii nini, make up ur mind already. THAT IS so NOT me.
aku sengaja. sebenarnya. tengok, bila aku macam tu, diorang macam mana? lebih kurang, jadi bodoh untuk tengok tahap kebodohan kematangan orang lain, atau, menyisip perlahan-lahan dalam diri diorang dan melihat diorang dalam, diorang.
and sekarang, aku dah hampir sampai limit. agak meluat buat benda gitu. buat-buat bodoh, tak mustahil lama-lama kau jadi bodoh. hanyut dalam arus yang aku cipta sendiri. lagi-lagi aku kan pelupa? kajian mengatakan yang aku tak tetap pendirian tapi degil. matang tapi kuat mengelamun, tenang and memang kurang nilai asertif, pemendam blablabla well you get the idea.
ah, ranting. cakap macam sekarang pun terasa bajet poyo/bagus sebab well, benda ni semua tau, kan? tapi yelah, ini bahagian aku. ada sorang budak ni umur 16 tapi level matang dia lebih kurang/hampir-hampir level aku. pftt. buat aku rasa defeat. and time-time ginilah aku rasa macam, uh. tak tau. sungguh randum. aku tengah proceed dengan progress projek kot tadi time aku tetiba rasa nak update blog -__-
*
"saya tengok student sekarang ni, compare dengan zaman saya dulu, well taklah dulu sangat, tapi dulu lah jugak kan, student sekarang ni lebih kepada..hoping. berbanding berusaha membina nilai tu sendiri dalam diri ( baca : menjadikan cegu sebagai alasan tak berjaya/tak faham etc ) " ( Pn.Azimah Khalid, February 24)
spontan, terus terlintas dalam kepala aku muka-muka teman yang ada strong will power, peribadi yang cantik hensem, pemikiran yang cantik hensem, dan semestinya membuahkan imej diri yang cantik hensem.
after all, diorang still jugak jadi diri diorang walaupun orang tak suka/kadang-kadang tak suka.
jujur, menjadi jugak diri diorang, atleast. berani. berpendirian.
aku? memang, takut buat silap, takut orang jadi tak suka, offended dengan kata-kata aku yang dulunya memang selalu direct. orang tak suka, jadi aku discrete. which is actually, perlahan-lahan membunuh aku dari dalam.
and siang tadi, aku terlepas cakap, terlepas tindak laku banyak kali. and aku gembira.
*
(grabbing my 6 year old nokia3200 on instant reflex)
"sungguh, aku tak boleh berhenti fikir sejak semalam."
"nini, you're doing great. don't worry." (Dalilah, February 23)
tapi hati aku tak jadi sedap pun sebab aku tau dia tengah tak lebih dari menyedapkan hati aku.
dan kepala aku makin hebat memikirkan tentang dia.
si cinta hati.
--
(grabbing my 6 year old nokia3200 on instant reflex)
"sungguh, aku tak boleh berhenti fikir sejak semalam."
"nini, you're doing great. don't worry." (Dalilah, February 23)
tapi hati aku tak jadi sedap pun sebab aku tau dia tengah tak lebih dari menyedapkan hati aku.
dan kepala aku makin hebat memikirkan tentang dia.
si cinta hati.
--
nota kaki : and kadang-kadang aku jadi takut nak update blog sebab takut dengan expectations orang. dah jadi kurang bebas nak menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.