cara bangun pagi tadi antara pagi yang aku cuba/takmahu/niatkan supaya tak terbangun dengan cara/rasa yang macam tu. letih wohh. journey dalam mimpi, dahlah mengembara ke merata tempat ke pelusuk merata dunia, huh. cubalah bayangkan roh anda kembara satu dunia semuanya dalam, satu malam?
huh.
dan hari ini mood rajin datang. rajin pulak aku nak berjalan ke fakulti semata-mata mahu minta buatkan surat, yangmana, aku boleh tangguhkan niat aku supaya pegi minggu depan je, tapi, sebab nak sedapkan hati mak, pergi jugaaaalah..heh. alang-alang, boleh beli makanan terus, kan? takdelah aku kelaparan gila sebab kemalasan nak tukar baju, turun, jalann pegi beli makanan macam tengahari semalam. dah lah stok megi takde, oh, aku sengaja tak beli sebenarnya pun heh. tak baik untuk otak, perut, jantung, darah etcetc blabla yadayada adnauseam.plus jalanjalan pepagi hari ni boleh gak bakar kalori/lemak/sparetayar aku since berat dah naek lagi 3kg orzorz. dan aku memang nak jadi kecik sikit dari sekarang, nak jadi kurus memang tak realistik langsung lah ftm.
dan sepanjang perjalanan aku dari bilik-parking kereta lec-fakulti-ofis-kafefakulti-parking-ofiskolej-bilik, wuhh, aku gembira. kerana menjadi randum. dan bertemu orang-orang randum, dan berjalan ditempat-tempat randum, juga memilih untuk berjalan di area fakulti yang dah lama aku tak pijak, secara randum.
sambil jalan, terimbas secara terus menerus imej kemungkinan masa hadapan. oh, aku gembira. hidup ini perlu(?) randum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan.