Memaparkan catatan dengan label nostalgia.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nostalgia.. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

Jalan di hadapan lurus. Pokok rendang di kiri kanan beralun perlahan seolah mengalukan setiap langkah. Di hadapan, tersergam bangunan lama yang sudah di cat baru; jingga seperti langit senja begini. Tiangnya ungu, persis garis-garis tua langit di ufuk barat.

Di hadapan aku, terpampang tirai yang menghijabkan aku dan masa silam. 

"Hey. Kat situlah aku terjatuh cinta dengan xxxx dulu." Tangan mengawang-awang di udara, mengunjuk ke kantin.

"Ha, kat sinilah ada accident dulu, ingat tak?"
"Ha, kat sinilah ada budak cxxx dengan budak inxxx gaduh dulu."

"Main basketball.."
"Oh maaaan."

What a good old days. Aku dah tua rupanya.

Isnin, 9 Mei 2011

Ulang Kali ke..empat (kot).

Aku tak boleh solat, aku takleh ngaji, aku tak boleh apa. Baru aku perasan tadi, petang ni petang terakhir aku dekat sini. Besok lusa, aku tak kan termenung lagi tengok langit senja dari katil aku. Dari koridor antara dua bangunan.

Besok lusa, takde dah kelibat aku berdiri termenung dekat koridor tu tengok bulan time malam-malam. Takde dah kelibat aku yang suka termenung sekejap dengan sebelah barat sekejap dekat sebelah timur. Kadang-kadang, kalau berpeluang, aku dapat tengok bulan dari katil aku. Aku baring, tenung je bulan lama-lama. Aku boleh macam tu, dekat sejam setengah. 

Budak aras aku pun tak nampak dah kot kelibat minah emo ni layan emo dekat koridor. Orang lain lepak koridor dengan enfon - bergayut. Berchenta dengan boifren. Aku? Bergayut berchenta dengan bulan, matahari pagi, matahari senja. Haha. Lame.

Lepas ni cuti empat bulan - aku yakin aku akan lupa. Tapi bila-bila aku terpandang lagi tempat-tempat ni, aku akan ingat semua. Vividly.

Semua tu bukan hanya sekadar merenung ditenung kosong; segala rasa yang hadir mencipta memori. Mengenal cinta, cinta itu cinta ini. Berkasih dengan tuhan, mengadu domba di situ di sana. Selalunya, entri sebegini aku akan buat bila aku dah nak habis sem. Ini mungkin yang ke-empat. Motif? Entah.

Aku tak dapat dah kot macam ni..

Mungkin sem depan pulak, aku dah tak hirau benda-benda macam ni? 
Waw, the emo nini changed? Hahaha.

Mintak maaflah, post aku kat sini tak pernahnya gembira. Thanks to those yang tahan baca posts kat sini, siap follow lagi. Thanks, sangat. 

Uh..ya. Ini post emo.

Selasa, 3 Mei 2011

Water and Bridges.

Mendung lagi petang ni. Tunggu hujan je. Bila aku terhukum dalam karma, tiada satu nafas pun yang aku tertinggal untuk aku kenangkan dalam sesal.

Masih, aku tak faham.

Khamis, 21 April 2011

Hatiku di Harajuku.

Ah, meleret lari ke laluan memori. Aku kira waktu-waktu begini bukan waktu untuk aku sumbatkan benda-benda fakta buku teks untuk dimuntah keluar waktu exam nanti. 

"Apabila hujan turun, melimpahlah air di perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung.."

--

"Kalau bukan kau yang membunuh, kau yang akan terbunuh!"

Selasa, 19 April 2011

Natsumi.

Sambil menaip dalam kesabaran, mood aku berubah seiring lagu-lagu lama yang aku makin kerap dengar sejak kebelakangan ini. Dulu - waktu aku mula-mula dapat cd ini, aku pandang sepi lagu-lagu yang ada di dalamnya. Tapi seiring masa berjalan - dengan pantas - hari ini aku tenung senarai lagu-lagu di cover plastik cd yang siap dengan lukisan potret kartun di depan - which memang kegemaran kau buat macam tu - dengan rasa yang bercampur-campur. Aku hargai gila benda ni, sekarang.

p/s : Aku Yuki which then bertukar ke Shizuni, while kau Natsumi atau sebenarnya Dareira yang aku check guna sms lepas tu  pergi bantai gelak guling-guling sampai kau kecik hati. Haha, Hot Gimmick kau nanti aku pulang ye? Sementara ni jadi koleksi aku dululah ;p And oh, aku siap nari-nari bila datang turn lagu Sailormoon ❤

Tattoo.

 Dear akak, if you read this, yes - it's dedicated for you.

No matter what you say about love 
I keep coming back for more
Keep my hand in the fire sooner or later
I get what I'm asking for

No matter what you say about life
I learn everytime I bleed
The truth is a stranger soul is in danger
I gotta let my spirit be free

To admit that I'm wrong
Then change my mind
Sorry but I have to move on 
And leave you behind

I cant waste time so give it a moment
I realize nothing's broken
No need to worry about everything I've done
Live every second like it was my last one

Dont look back got a new direction
I loved you once needed protection
You are still a part of everything I do
You are on my heart just like a tattoo

If I live every moment
Won't change any moment
That's still a part of me and you

I will never regret you
Still the memory of you
Marks everything I do..

Just like a tattoo
I'll always have you..

p/s : I love you.